Kerjasama bahasa dan budaya Hubungan Indonesia–Malaysia

Seboleh mungkin bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia mahu dirapatkan. Tatabahasa tidak disenangi oleh media Malaysia seperti istilah untuk pelacur, Koran, Allah, Injil dan lain-lain. Nampaknya tatabahasa Indonesia lebih bebas dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islamnya. Singkatan banyak digunakan oleh pakar bahasa Indonesia seperti Menlu, Jatim, Jateng dan lain-lain.

Pakar bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, UKM dan UM seperti Profesor Asmah Haji Omar dan Profesor Awang Had Salleh mahu menggunakan sistem bahasa yang kemelayuan. Dato Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan Malaysia memperkenalkan sebutan baku yang diperkenalkan di sekolah-sekolah. Tetapi Menteri Penerangan Malaysia, Dato Mohamed bin Rahmat yang berketurunan Jawa dan berasal dari Kulai, Johor tidak senada dengan TV3. Oleh itu, ada semacam konfrontasi antara RTM1 dengan TV3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sistem peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Sistem pendidikan Malaysia melalui Penyata Razak memperkenalkan novel Atheis dan Keluarga Gerilya bagi buku teks sastera tingkatan lima di Malaysia. Semua itu berjalan dengan harmoni tanpa sebarang sindiran dan ejekan daripada rakyat Indonesia. Apabila Anugerah Sasterawan Negara diperkenalkan di Malaysia, ramai yang mahu[nyatakan menurut siapa?] novel Salina karya A Samad Said diangkat sebagai teks di sekolah menengah. Pihak lain pula mahu novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad menjadi teks kajian sastera.

Pada mulanya buku-buku agama, falsafah dan lain-lain dari Indonesia mudah dipasarkan ke Malaysia. Contohnya buku Al Quran dan Terjemahan terbitan Kementerian Agama Indonesia dan buku-buku Profesor Hamka amat disenangi di Malaysia. Bagaimanapun, apabila bahasa Indonesia semakin berlainan dengan nahu bahasa Melayu dan buku Islamnya mengandungi unsur Kristian, terdapatnya dorongan kepada pengurangan yang beransur-ansur terhadap permintaan buku-buku dari Indonesia. Contohnya, buku Alkitab yang berbahasa Indonesia banyak beredar di kalangan masyarakat Kadazan, Sabah. Sungguhpun begitu, buku-buku agama Islam dari Indonesia masih mudah didapati di kedai-kedai di jalan Tengku Abdul Rahman.

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Indonesia–Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malindokini.wordpress.com/2008/07/09/malays... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/12/ri-ready-... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/13/msian-emb... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/7/8/ri-kl-agre... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/8/25/indonesia...